Friday, 19 February 2016

PEMBENTUKAN MALAYSIA


PENGENALAN :
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Dan beliau telah menyatakan hasrat untuk membentuk satu penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British iaitu Singapura , Borneo Utara ( Sabah) , Sarawak dan Brunei.

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
i. Mengelakkan Ancaman Dan Pengaruh Komunis

Ø Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ø Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) pimpinan Lee Kuan Yew.
Ø Dikhuatiri kerajaan PAP diambil alih Barisan Sosialis. Situasi ini membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana hubungan  baik dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.

ii. Memberi Kemerdekaan Kepada Sabah , Sarawak , Brunei dan Singapura

ØMemandangkannegaranegara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan.
Ø Perancangan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia, akan ditubuhkan dalam masa 2 tahun.

iii. Perkongsian faedah ekonomi

Ø Dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.
Ø Boleh menjadi penyumbang kepada negara-negara yang masih belum maju seperti Sabah dan Sarawak

iv. Membela Masyarakat BumiPutera Di Sabah&Sarawak

Ø Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing.
Ø Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga masih daif dengan infrastrukturnya yang masih bergantung kepada sunga-sungai perjalanan udara serta sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran.

MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA DI                SEMUA WILAYAH TERBABIT



Ø Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu          menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti sabah, sarawak dan Brunei  bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.

Ø Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan  majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk  bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah  Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.

Ø Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja,    bilangan masyarakat cina akan menjadi 43.5% , sementara orang Melayu  menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960,  orang Melayu kira-kira 50% dan orang cina 36.9%.

Ø Jesteru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum       bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3% , sementara orang cina  menjadi 42.4% . Ini bermaksud untuk memjamin kedudukan orang Melayu dan         Bumiputera tidak terancam, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan  kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.






REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA


SABAH 




Ø Pada peringkat awal, wujud beberapa penentangan daripda beberapa buah parti politik yang melaungkan sentiment anti-Malaysia. Contohnya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu dan Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang masing masing ditubuhkan pada tahun 1961 dan 1962 menentang keras pembentukan Malayisia, malahan berjuang untuk kemerdekaan Sabah.

Ø Terdapat parti politik sabah yang menerima rancangan Tunku Abdul Rahman, iaitu Pertubuhan Kebaangsaan Sabah Bersatu. Sehingga Oktober 1962, masih ramai penduduk Sabah yang sangsi dengan pembentukan Malaysia.


Ø Menjelang pada tahun 1962 dan awal tahun 1963, sebahagian besar penduduk berubah fikiran setelah menerima banyak penerangan. Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Donald Stephens yang dulunya menentang telah memberikan sokongankuat dan memujuk masyarakat kadazan menerima pembentukan Malaysia.


SARAWAK 


Ø Di Sarawak, Parti Negara Sarawak (PANAS)Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SSUP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menentang kuat pembentukan Malaysia. Hanya parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) menyokong cadangan pembentukan Malaysia ini.

BRUNEI 



Ø Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep pembentukan Malaysia. Kebanyakan rakyat Brunei berminat menyertai Malaysia, cuma mereka lebih berhasrat untuk memperolehi kemerdekaan sendiri dahulu sebelum digabungkan.


Ø Walau bagaimanapun, penentangan hebat datang daripada parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M Azahari. A.M Azahari lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang melibatkan Brunei, Sabah dan Sarawak hang dipanggil kerajaan Kalimatan Utara.


Ø Parti Rakyat Burnei ini berjaya mempengaruhi penduduk Borneo untuk menentang pembentukan Malaysia. A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia mwrupakan cara kerajaan British mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya pengusaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka.


No comments:

Post a Comment