Saturday 20 February 2016

Friday 19 February 2016

PEMBENTUKAN MALAYSIA


PENGENALAN :
Idea pembentukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Dan beliau telah menyatakan hasrat untuk membentuk satu penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British iaitu Singapura , Borneo Utara ( Sabah) , Sarawak dan Brunei.

Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
i. Mengelakkan Ancaman Dan Pengaruh Komunis

Ø Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Ø Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti Tindakan Rakyat ( PAP ) pimpinan Lee Kuan Yew.
Ø Dikhuatiri kerajaan PAP diambil alih Barisan Sosialis. Situasi ini membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana hubungan  baik dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas.

ii. Memberi Kemerdekaan Kepada Sabah , Sarawak , Brunei dan Singapura

ØMemandangkannegaranegara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan.
Ø Perancangan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia, akan ditubuhkan dalam masa 2 tahun.

iii. Perkongsian faedah ekonomi

Ø Dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.
Ø Boleh menjadi penyumbang kepada negara-negara yang masih belum maju seperti Sabah dan Sarawak

iv. Membela Masyarakat BumiPutera Di Sabah&Sarawak

Ø Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut dipegang oleh bangsa asing.
Ø Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga masih daif dengan infrastrukturnya yang masih bergantung kepada sunga-sungai perjalanan udara serta sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran.

MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA DI                SEMUA WILAYAH TERBABIT



Ø Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu          menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti sabah, sarawak dan Brunei  bukan hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.

Ø Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan  majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80% penduduk  bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah  Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.

Ø Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja,    bilangan masyarakat cina akan menjadi 43.5% , sementara orang Melayu  menjadi 43%. Ini kerana anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960,  orang Melayu kira-kira 50% dan orang cina 36.9%.

Ø Jesteru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum       bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3% , sementara orang cina  menjadi 42.4% . Ini bermaksud untuk memjamin kedudukan orang Melayu dan         Bumiputera tidak terancam, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan  kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar.






REAKSI SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA


SABAH 




Ø Pada peringkat awal, wujud beberapa penentangan daripda beberapa buah parti politik yang melaungkan sentiment anti-Malaysia. Contohnya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu dan Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara yang masing masing ditubuhkan pada tahun 1961 dan 1962 menentang keras pembentukan Malayisia, malahan berjuang untuk kemerdekaan Sabah.

Ø Terdapat parti politik sabah yang menerima rancangan Tunku Abdul Rahman, iaitu Pertubuhan Kebaangsaan Sabah Bersatu. Sehingga Oktober 1962, masih ramai penduduk Sabah yang sangsi dengan pembentukan Malaysia.


Ø Menjelang pada tahun 1962 dan awal tahun 1963, sebahagian besar penduduk berubah fikiran setelah menerima banyak penerangan. Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Donald Stephens yang dulunya menentang telah memberikan sokongankuat dan memujuk masyarakat kadazan menerima pembentukan Malaysia.


SARAWAK 


Ø Di Sarawak, Parti Negara Sarawak (PANAS)Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SSUP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menentang kuat pembentukan Malaysia. Hanya parti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA) menyokong cadangan pembentukan Malaysia ini.

BRUNEI 



Ø Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep pembentukan Malaysia. Kebanyakan rakyat Brunei berminat menyertai Malaysia, cuma mereka lebih berhasrat untuk memperolehi kemerdekaan sendiri dahulu sebelum digabungkan.


Ø Walau bagaimanapun, penentangan hebat datang daripada parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M Azahari. A.M Azahari lebih berminat terhadap cadangan penyatuan Borneo Utara yang melibatkan Brunei, Sabah dan Sarawak hang dipanggil kerajaan Kalimatan Utara.


Ø Parti Rakyat Burnei ini berjaya mempengaruhi penduduk Borneo untuk menentang pembentukan Malaysia. A.M Azahari berpendapat pembentukan Malaysia mwrupakan cara kerajaan British mengekalkan pengaruhnya di wilayah-wilayah yang pernah dijajah oleh mereka supaya pengusaan ekonominya berkekalan dan menjamin keselamatan mereka.


Sebab penentangan terhadap Malayan Union















Thursday 18 February 2016

PEMISAHAN SINGAPURA DENGAN MALAYSIA PADA TAHUN 1965

                      Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau diLondon pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan.Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh denganketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung MalaysiaSabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi SingapuraPulau PinangMelaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.
FAKTOR SINGAPURA DI KELUARKAN
1)Minat pemimpin Singapura Lee Kuan Yew terhadap pembentukan ini semakin berkurang.
2)Polarisasi kaum( sifat perkauman ) semakin melampau cina dengan melayu iaitu parti PAP dari Singapura dan parti Perikatan dari kerajaan pusat.
3)Tentangan bermula apabila calon dari pimpinan Lee Kuan Yew tewas di dua tempat dalam pilihanraya pertama Malaysia pada tahun 1964.
4)Lew Kuan Yew berpendapat,MCA tidak layak memimpin dan menjaga kepentingan kaum cina.






Persekutuan Tanah Melayu 1948

PENGENALAN 


Ø Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan  Malayan  Union pada 12 Julai 1946.
Ø Antara ahli-ahlinya terdiri dari 4 orang wakil iaitu Raja-raja Melayu, 2orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kerajaan British.



Wakil Raja-raja Melayu

Dato’ Hamzah(Selangor)
Mohamad Sheriff(Kedah)
Raja Kamarulzaman(Perak)
Dato’ Nik Ahmad Kamil(Kelantan)

Wakil UMNO
Dato'Onn Jaafar(Johor)
Dato' Abdul Rahman(Johor)


Pihak Kerajaan British

Alexander T.Newboult
K.K.O’Connor
W.D.Godsall
Dr.H.William Linehan
A.Williams
D.C.Watherson(S/U)

Turut Serta
Sir Ralph H.Hone (bagi pihak MacDonald)
Sir Theodore S.Adams (bagi pihak Raja-raja  Melayu)
Sir Roland Bradell (bagi pihak UMNO)


Ø Cadangan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan Persekutuan TM 1948:
· Pemulihan kedudukan Raja-raja Melayu dengan kedaulatan
 mereka dikembalikan 
· Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri
· Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan melayu.
· Jaminan kedudukan istimewa orang melayu dalam perlembagaan
Ø Cadangan ditentang oleh kaum bukan  Melayu melalui Majlis Tindakan
         Bersama Tanah Melayu @ AMCJA
        (All Malaya Council of Joint Action) yang ketuai oleh Tan Cheng Lock 
         pada 22 Disember 1946.
Ø AMCJA-PUTERA telah melancarkan satu harta di seluruh TM pada 20 Oktober 1947
         tetapi gagal mencapai sasarannya.



AMCJA
Ø Pertubuhan yang bergabung mewujudkan AMCJA ialah:
· Malayan Democratic Union(MDU) 
· Malayan Indian Congress(MIC)
· Malayan New-Democratic Youth League(MNDYL)
· MPAJA Ex-Services Comrades Association (MPAJAESCA)

· Pan-Malayan Federation of Trade Union(PMFTU)

Ø 6 prinsip utama AMCJA iaitu:
· Menyatukan seluruh TM dengan Singapura
· Menubuhkan majlis perundangan pusat bagi seluruh TM dan ahli-ahli dipilih oleh rakyat.
· Menuntu hak politik yang sama rata bagi semua orang yang menganggap TM 
sebagai tanah air serta bersedia menumpukan taat  setia. 
· Sultan kekal sebagai pemerintah yang berdaulat dan berperlembagaan serta 
bersedia menerima nasihat rakyat melalui badan-badan demokrasi.
· Agama islam dan adat istiadat Melayu haruslah dikuasai orang Melayu secara mutlak tanpa  gangguan dari kaum  lain.
· Kemajuan orang-orang Melayu haruslah diutamakan



PUTERA
Ø PUTERA adalah gabungan PKMM,API dan AWAS.Tokoh yang menjadi pemimpin
 setiap pertubuhan ialah
· Dr.Burhanuddin Al-Helmy(PKMM)
· Ahmad Boestamam(API)
· Shamsiah Fakeh(AWAS)
Ø 4 prinsip PUTERA utama iaitu:
· Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi di TM
· Hal ehwal luar negeri dan soal pertahanan negara merupakan tanggungjawab  bersama antara kerajaan TM dan kerajaan Inggeris
· Istilah ‘Melayu’ diguna pakai sebagai nama kerakyatan dan warganegara TM
· Bendera Kebangsaan negara  hendaklah mengandungi warna-warnakebangsaan Melayu.