Thursday 18 February 2016

Referendem Singapura

Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, walau bagaimanapun, pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira. 




Dalam pungutan suara ini rakyat Singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu:

  • Pilihan A- rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397626 undi).
  • Pilihan B- rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syaratdan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi).
  • Pilihan C- rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah-wilayah Borneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144077 undi).


Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukan 71% pengundi menyokong pembetukan Malaysia. Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.







No comments:

Post a Comment