Thursday 18 February 2016

Faktor-Faktor Pembetukan Malaysia

PENGENALAN:

     Idea pembetukan Malaysia tercetus pada 27 Mei 1961 melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Dan beliau telah menyatakan hasrat untuk membentuk satu penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan British iaitu Singapura, Borneo Utara(Sabah), Sarawak dan Brunei.

FAKTOR-FAKTOR PEMBETUKAN MALAYSIA

1. Mengelak Ancaman Dan Pengaruh Komunis
  
     *Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura      membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

*Pengaruh komunis mula menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.

*Dikhuatiri kerajaan PAP diambil alih Barisan Sosialis. Situasi ini membimbangkan Persekutuan Tanah Melayu kerana hubungan baik dengan Singapura yang meliputi urusan-urusan politik dan ekonomi akan terjejas. 


2. Memberi Kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei Dan Singapura

*Memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan.

*Perancangan bagi penubuhan Persekutuan Malaysia, akan ditubuhkan dalam masa 2 tahun.


3. Perkongsian Faedah Ekonomi

*Dapat mengadakan kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama.

*Boleh menjadi penyumbang kepada negara-negara yang masih belum maju seperti Sabah dan Sarawak.


4. Membela Masyarakat BumiPutera Di Sabah&Sarawak

*Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayahtersebut dipegang oleh bangsa asing.

*Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga masih daif dengan infrastrukturnya yang masih bergantung kepada sungai-sungai perjalanan udara serta sukar untuk mewujudkan perhubungan darat secara besar-besaran.





No comments:

Post a Comment